Trip Holiday Zulrace CREW - Day 2

Assalammualaikum...

Hari kedua ni kami semua sudah plan nak berjimba antaranya adalah nak ke Kota Mahsuri & Makam Mahsuri, Dataran Helang(mungkin tengah malam), Laman Padi atau Beras Terbakar, Kereta Kabel Langkawi, Langkawi Sky Bridge. Hah banyak tempat yang kami dah plan untuk pergi. Takut juga tak sempat tu yang semua bangun awal pagi tu, tapi tetap juga bergerak bila matahari sudah tegak atas kepala.


Ini lah anak Boss kemain garang muka dia sebab terpaksa bangun pagi. Ingat chomel la tu, air liur pun jatuh-jatuh lagi.






Ini adalah pemandangan dari atas "Langkawi Sky Bridge"


Jalan-jalan cari makan waktu malam, after that jalan-jalan sekitar pekan.

Trip Holiday Zulrace CREW - Day 1

Assalammualaikum...

Minggu ni Boss ajak bercuti di mana...hah ni yang nak cerita kat bawah nanti. Dah la isu nak membeli tiket jadi haru. Tapi alhamdulillah settle jugak beli tiket kapal terbang untuk semua orang.


Sesamapi sahaja di Langkawi kami terus ketepi pantai untuk menikmati suasana petang.


Resort yang menjadi pilihan Boss adalah "Langkawi Lagoon Resort"





Ini adalah hasil lakaran kita dan budak Ira(officemate)









Jelajah Korea - Day 7

Assalammualaikum...

Hari ini adalah hari terakhir kami disini. Jadi lawatan kami hari ini adalah ke "Gyeongbok Palace".



Seni binanya banyak persamaan dengan China, menurut tour guide kami, sis Jennifer kata memang ada orang cina juga turut terlibat dalam pembinaan semula istana tu. Gyeongbok Palace terletak ditengah-tengah pusat bandar Seoul




Di istana Gyeongbok inilah juga diorg selalu buat pengambaran filem dan movie zaman dahulu antaranya adalah Rooftop Prince, Queen In-Hyun’s Man and Moon Embracing the Sun. Ish KDrama yang tiga ni memang fav all the time lah kan...sampai tengok 2-3 kali


Jelajah Korea - Day 6

Assalammualaikum...

Hari ni kami berlegar-legar selepas solat di sekitar International Mosque di bandar Seoul. Area-area ni memang ada kedai makan halal...ni boleh dikira sebagai Muslim Street lah.


Ini adalah pemandangan hadapan International Mosque, Seoul City




Ini adalah pemandangan hadapan International Mosque. Lepas solat zuhur after lunch


Tekun menonton aksi "Nanta Show". Nanta ada lah satu teater yang ada penceritaan, aksi mereka memang sangat spontan dan mencuit hati. Idea penceritaan dan gimmick juga agak menarik. Mereka ada tarik dua orang pelancong untuk ambil bahagian atas pentas, lepas tu suruh main kawin-kawin...chomel!!!

Drama diorg tanpa suara...hanya muzik sahaja. Ada juga tradisional korean beat iaitu bermain muzik dengan menggunakan bunyi-bunyi dari periuk, kuali dan alatan dapur yang lainnya. Selain itu juga diorg menari dan buat pertunjukan magic di dalam penceritaan itu.



*Gambar hiasan*


*Gambar hiasan*

Jelajah Korea - Day 5

Assalammualaikum...

Hari ini tempat menarik yang kami pergi adalah "Yongin Everland". Everland adalah taman tema yang besar, yang termasuk zoo dan Taman Botani. Everland mempunyai tiga tema yang berbeza, Festival World, Caribbean Bay and Speedway. Festival World mempunyai kategori-kategori lainnya seperti American Adventure, Magic Land, European Adventure, and Equatorial Adventure.


Bye kami gerak ke bawah dulu sebab di bwah tu lebih best ada Magic Land lebih penting sekarang ni


Animal farm



Betapa terujanya kita masa masuk Mini Safari ni sampai masing-masing berdiri dan menyerbu ke cermin tingkap


Masa kata masuk ke Mini Safari ni...semua animals dia memang tak aktif macam ni...cuba la masuk malam, kita nak tengok apa hasilnya


Panjang dan lama juga kita beratur tadi hanya kerana nak masuk sini, tapi ternyata tak sia-sia sebab dapat tengok animals jarak dekat macam ni. Mak punya lah happy dia dalam tu sampaikan dah balik keluar dari mini safari tu baru dia perasan yang megi kami buat di resort tadi tertinggal dalam bas yang kami naiki ni.




Ni lah gelagat benda chomel minta makanan...dah macam pengemis, nasib baik chomel


Everland ini sangat lah luas, now kita nak naik semula dan berkumpul dengan yang lain sebab dah petang, penat dan lapar, teringat megi yang mak tertinggalkan dlm bas tadi....hahaha...


Ini antara tempat-tempat menarik yang terdapat di pintu masuk Everland


Pose sikit....say cheeseee!!!

Bye... Bye...

Jelajah Korea - Day 4

Assalammualaikum...

Hai!!!... Selamat pagi Yongpyong Ski Resort. Hari ini destinasi pertama kami adalah membuat cheese.


Inilah pemandangan dipagi hari di kawasan ski... Jangan tak tahu, malam tadipun lampu terang benderang di bawah ni dan ramai yang kita lihat masih bermain ski...kau rasa?


Makan dulu sebelum bergerak ke "Daegwallyeong Sheep Farm"


Sekarang kita di "Daegwallyeong Sheep Farm" Ini adalah kelas membuat cheese dengan menggunakan susu lembu biri-biri di area Yongpyong. Wah dah ada pengalaman buat cheese dah lepas ni...bertambah gomok la kito!



Sesi berjinak-jinak dengan biri-biri...alalala....nak bermanja pulak dia...



Destinasi pertama kami hari ini ada lah "Sorak Mountain" atau dikenali dengan nama "Seoraksan".  Seoraksan ni adalah gunung ketiga tertinggi di Korea Selatan. 


Masa kami berada di atas tu amatlah sejuk, itu belum sampai ke puncak lagi...Kalau tidak tak balik Malaysia lah nanti, mau membatu di puncak tu.



Pintu gerbang "Soraksan"


Destinasi terakhir kita hari ini adalah "Teddy bear Farm"

Categories

About

Popular Posts