Jelajah Korea - Day 5

Assalammualaikum...

Hari ini tempat menarik yang kami pergi adalah "Yongin Everland". Everland adalah taman tema yang besar, yang termasuk zoo dan Taman Botani. Everland mempunyai tiga tema yang berbeza, Festival World, Caribbean Bay and Speedway. Festival World mempunyai kategori-kategori lainnya seperti American Adventure, Magic Land, European Adventure, and Equatorial Adventure.


Bye kami gerak ke bawah dulu sebab di bwah tu lebih best ada Magic Land lebih penting sekarang ni


Animal farm



Betapa terujanya kita masa masuk Mini Safari ni sampai masing-masing berdiri dan menyerbu ke cermin tingkap


Masa kata masuk ke Mini Safari ni...semua animals dia memang tak aktif macam ni...cuba la masuk malam, kita nak tengok apa hasilnya


Panjang dan lama juga kita beratur tadi hanya kerana nak masuk sini, tapi ternyata tak sia-sia sebab dapat tengok animals jarak dekat macam ni. Mak punya lah happy dia dalam tu sampaikan dah balik keluar dari mini safari tu baru dia perasan yang megi kami buat di resort tadi tertinggal dalam bas yang kami naiki ni.




Ni lah gelagat benda chomel minta makanan...dah macam pengemis, nasib baik chomel


Everland ini sangat lah luas, now kita nak naik semula dan berkumpul dengan yang lain sebab dah petang, penat dan lapar, teringat megi yang mak tertinggalkan dlm bas tadi....hahaha...


Ini antara tempat-tempat menarik yang terdapat di pintu masuk Everland


Pose sikit....say cheeseee!!!

Bye... Bye...

0 comments:

Post a Comment

Categories

About

Popular Posts