Assalammualaikum...
Hari ni adalah hari kedua kami berempat di Korea - Pulau Jeju.
Tempat pertama yang kami lawati hari ini adalah Museum Haenyeo (Museum Penyelam Wanita). Haenyeo dalam bahasa Melayu adalah “Wanita Laut”. Uniknya "Haenyeo" ni adalah wanita-wanita yang kehilangan suami mereka dilaut, dan wanita-wanita ini membentuk satu kelompok yang jauh dari bandar yang aktiviti harian mereka adalah dengan menyelam didasar laut sedalam 10 meter dengan berbekalkan peralatan yang sederhana. Wanita-wanita ini menangkap hasil laut dan hidup dikalangan mereka sahaja yang berumur sekitar 35-90 tahun. Benda ni unik sebab nampak macam konsep membawa diri lepas pemergian suami, sedih kan.
Pemandangan di hadapan Museum Haenyeo
We are now at "Aqua Planet"
Mr memerang yang pemalas
Obor-obor ni nampak macam colorful...jangan tertipu, haha tu cuma lampu yang bertukar warna aja
Ini adalah kawasan sekitar Pulau Jeju, "Seongsan Ilchulbong Peak" yang dikelilingi oleh bekas lava, yang tercetus sejak 100,00 tahun ynag lalu. Sebab gunung berapinya didasar laut yang sedalam 182 meter, jadi bila lavanya keluar lalu termati dengan air laut. Sebab tu hasilnya batu hitam macam gambar diatas.
Ini pula pemandangan dari Pulau Jeju yang terkenal terkenal dengan "Halla Mountain" atau dikenali dengan nama "Hallasan". Laut dia as you can see sangat biru...it just like deep into the see macam ada rumpai yang memang color biru juga...haha-anggapan je
Sesudah itu kami ke "Jeju Folk Village Museum". Mak kita bergambar dengan korean drama kegemaran dia "Dae Jang Geum". Kali ini adalah berunsur ilmiah sikit sebab kita didedahkan dengan sejarah perubatan Korea dan dapat tahu serba sedikit bila wanita mula diberi pendedahan dengan pendidikan.
Di sini juga diberi info menarik antaranya adalah palang di hadapan rumah ada yang letakkan satu palang, dua atau tiga palang. Masing-masing memiliki maknanya yang tersendiri, contohnya tuan rumah tiada dirumah atau tuan rumah keluar rumah selama beberapa hari.
Dalam perjalanan ke "Mini Park"
Diatas adalah mock up kecil bangunan-bangunan terkenal seluruh dunia
1 jam kemudian sampailah kami ke "Teseum Safari" Seoul
Muzium ini merupakan muzium bear pertama didunia
Kebanyakan bear-bear ini di dudukkan dalam posisi dan berpakaian seperti "Princess Hour", "Wonder Girl", "Gods of Mount Olympus",
Makan malam di kedai makan yang berdekatan dengan chalet
0 comments:
Post a Comment